Berikut ditunjukkan cara-cara mengaktifkan Maybankard Visa Debit dengan beberapa langkah mudah.
1. Daftar kemudahan maybank2u.com jika anda belum pernah gunakan maybank2u.com.
Caranya, anda pergi ke mesin ATM dan ambil pin no. untuk kemudahan perbankan maybank2u.com. Kemudian anda masuk ke www.maybank2u.com dan daftarkan login name dan password anda. Jadi anda dah pun ON di maybank2u.com!
2. Klik pada bahagian "Maybankard Secure Online Shopping Registration".
3. Isikan maklumat yang diperlukan. Klik "submit".
Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, anda boleh menggunakan kad debit anda untuk urusan pembayaran.
Kad Debit Maybankard Visa